Ramai yang tidak faham tentang operating sistem pada sesebuah alat pengesan logam, bagi yang masih baru dalam dunia metal detecting, kebanyakan hanya tahu fungsi alat tersebut hanya untuk mengesan logam. Memang betullah tu, cuma kurang tepat. Sesebuah alat itu mempunyai Operating sistem atau technology yang berbeza. Kenapa perlu sistem yang berbeza? Sudah tentu kerana berlainan sistem mempunyai fungsi, kelebihan dan kekurangan masing masing. Dalam pembikinan alat ini terdapat pelbagai jenis OS, untuk pengetahuan semua saya sebutkan beberapa jenis,
VLF,PI,BBS,FBS,BFO dan sebagainya, ini antara OS yang banyak terdapat dan popular ketika ini,
BFO adalah antara OS yang terawal dalam sejarah pembikinan alat pengesan logam, walaupun begitu, ianya bukanlah OS yang boleh dipandang ringan, ada terdapat banyak circuit menggunakan sistem ini, saya juga bermula membuat MD bermula dengan BFO yang basic.
BBS dan FBS pula sangat popular ketika ini dan eksklusif keluaran maker terkenal MINELABS.
Hari ini saya nak mengkhususkan dengan dua jenis OS yang saya hasilkan yang sangat popular dan digunakan oleh semua pengeluar MD terkemuka seperti Garret,Tesoro,Fisher,Teknetiks dan sebagainya iaitu VLF dan PI.
VLF METAL DETECTOR
VLF adalah akronim kepada (Very Low Frequency)
Antara model yang menggunakan VLF
Garret AT series, ACE series,Fisher F series, Teknetiks (hampir semua) Tesoro land unit semua, Whites land unit, nak sebut satu-satu memang x muat page so saya sebutkan yang popular sahaja
Coil type
DD,OO, concentric (Induction balance coil)
Ground balancing Yes
Discrimination Yes
Activity
Coin hunting, jewellery, relic (Good), beach (kurang sesuai)
Search Terrain
Land very good/ wet beach not very good,
( Dont get me wrong ya adik-adik, ada sesetengah VLF model yang boleh main di wetsand, tapi kebanyaknnya perlu kerap groundbalance dan reduce sensitiviti to make it stable),
ada setengah model pulak langsung x boleh. Ini juga bergantung pada sesetengah pantai, pantai yang highly mineralised lagila jem, yang kurang mineralised pula ok kurang gangguan.
Display/Target ID
Yes,
Target ID ni adalah nombor paparan pada skrin, jika ada pengesanan nombor2 berbeza akan keluar pada skrin bergantung kepada jenis logam objek yang dikesan
Cara pengesanan
coil pada VLF md ni ada 2 kebiasaannya iaitu Transmitter (TX) dan Receiver (RX). VLF menggunakan perbezaan anjakan fasa antara kedua dua TX dan RX ,atau phase difference untuk membezakan antara jenis2 logam.
PI METAL DETECTOR
PI adalah akronim kepada Pulse Induction metal detector
Antara model yang menggunakan sistem PI
Whites Surf pi DF,TDI,, tesoro sandshark, garret infinium, seahunter. ahhh banyak lagi laaa....
Coil type
Mono loop, dual field, ada juga sesetengah yang menggunakan induction balance coil.
Ground balance
kebanyakan x perlu ground balance.
Discrimination
hanya sesetengah high end detector sahaja mempunyai fungsi ini, tetapi bagi pengkaji, PI tidak mempunyai diskriminasi sebaik VLF
Search terrain
pantai (excel), land kurang sesuai, kenapa kurang sesuai kerana ianya tidak mampu membezakan antara jenis logam. Tapi bagi yang sudah biasa menggunakan jenis ini, mereka boleh membezakan bunyi antara iron dan logam lain. maksudnya ada sedikit discriminasi tetapi sangat kurang.
aktiviti sesuai
Coin hunting, beach, jewellery (Good) Relic (Kurang sesuai)
Target ID
Normally tiada
cara pengesanan
mesin pulse induction tidak seperti VLF dimana ia mengesan objek apabila berlaku perubahan amplitud pada coil.
To be continued Sakit peroot.....
Jual coil ga mas
ReplyDelete