Monday, 7 September 2015

Memahami operating sistem dalam alat pengesan logam

Ramai yang tidak faham tentang operating sistem pada sesebuah alat pengesan logam, bagi yang masih baru dalam dunia metal detecting, kebanyakan hanya tahu fungsi alat tersebut hanya untuk mengesan logam. Memang betullah tu, cuma kurang tepat. Sesebuah alat itu mempunyai Operating sistem atau technology yang berbeza. Kenapa perlu sistem yang berbeza? Sudah tentu kerana berlainan sistem mempunyai fungsi, kelebihan dan kekurangan masing masing. Dalam pembikinan alat ini terdapat pelbagai jenis OS, untuk pengetahuan semua saya sebutkan beberapa jenis,
VLF,PI,BBS,FBS,BFO dan sebagainya, ini antara OS yang banyak terdapat dan popular ketika ini,

BFO adalah antara OS yang terawal dalam sejarah pembikinan alat pengesan logam, walaupun begitu, ianya bukanlah OS yang boleh dipandang ringan, ada terdapat banyak circuit menggunakan sistem ini, saya juga bermula membuat MD bermula dengan BFO yang basic.

BBS dan FBS pula sangat popular ketika ini dan eksklusif keluaran maker terkenal MINELABS.


Hari ini saya nak mengkhususkan dengan dua jenis OS yang saya hasilkan yang sangat popular dan digunakan oleh semua pengeluar MD terkemuka seperti Garret,Tesoro,Fisher,Teknetiks dan sebagainya iaitu VLF dan PI. 


VLF METAL DETECTOR

VLF adalah akronim kepada (Very Low Frequency)

Antara model yang menggunakan VLF    

    Garret AT series, ACE series,Fisher F series, Teknetiks (hampir semua) Tesoro land unit semua, Whites land unit,  nak sebut satu-satu memang x muat page so saya sebutkan yang popular sahaja

Coil type                                        
 DD,OO, concentric (Induction balance coil)

Ground balancing                                           Yes

Discrimination                                                 Yes

Activity                                                        
Coin hunting, jewellery, relic (Good), beach (kurang sesuai)

Search Terrain      
 Land very good/ wet beach not very good,
( Dont get me wrong ya adik-adik, ada sesetengah VLF model yang boleh main di wetsand, tapi kebanyaknnya perlu kerap groundbalance dan reduce sensitiviti to make it stable),
 ada setengah model pulak langsung x boleh. Ini juga bergantung pada sesetengah pantai, pantai yang highly mineralised lagila jem, yang kurang mineralised pula ok kurang gangguan.

Display/Target ID                                      
Yes,
Target ID ni adalah nombor paparan pada skrin, jika ada pengesanan nombor2 berbeza akan keluar pada skrin bergantung kepada jenis logam objek yang dikesan

Cara pengesanan                                      
 coil pada VLF md ni ada 2 kebiasaannya iaitu Transmitter (TX) dan Receiver (RX). VLF menggunakan perbezaan anjakan fasa antara kedua dua TX dan RX ,atau phase difference untuk membezakan antara jenis2 logam.

PI METAL DETECTOR

PI adalah akronim kepada Pulse Induction metal detector

Antara model yang menggunakan sistem PI  
Whites Surf pi DF,TDI,,  tesoro sandshark, garret infinium, seahunter. ahhh banyak lagi laaa....

Coil type                                                    
 Mono loop, dual field, ada juga sesetengah yang menggunakan induction balance coil.

Ground balance                                      
 kebanyakan x perlu ground balance.

Discrimination  
hanya sesetengah high end detector sahaja mempunyai fungsi ini, tetapi bagi pengkaji, PI tidak mempunyai diskriminasi sebaik VLF

Search terrain                                          
   pantai (excel), land kurang sesuai, kenapa kurang sesuai kerana ianya tidak mampu membezakan antara jenis logam. Tapi bagi yang sudah biasa menggunakan jenis ini,  mereka boleh membezakan bunyi antara iron dan logam lain. maksudnya ada sedikit discriminasi tetapi sangat kurang.

aktiviti sesuai                                          
  Coin hunting, beach, jewellery (Good) Relic (Kurang  sesuai)

Target ID                                          
 Normally tiada

cara pengesanan                                      
  mesin pulse induction tidak seperti VLF dimana ia mengesan objek apabila berlaku perubahan amplitud pada  coil.


To be continued Sakit peroot.....














1 comment: