Wednesday, 29 October 2014
KETON di kota tinggi by tuan Roslan Othman
Penemuan Keton iaitu matawang lama kerajaan johor menggunakan VLF MD di kota tinggi,
tengok gambar2 diorang main lumpur ni memang terasa ngeram gak, teringin sangat nak gi tapi belum ada kelapangan, suatu masa nanti ada rezeki umor panjang insyaAllah sampai jua ke sana..
Tapi baru ni dengar plak kawasan tu dah x boleh md lagi??? addoiiiii....
Ring count 42&43
Kesempatan ketemu 2 orang warga MMDH yaitu saudara kushah dan YM king secara x sengaja,
Ingatkan lone ranger je malam nie, ade geng penye..
saya sampai PD dalam kol 11.30, pkl 1.15 dah stop. sok keje bro, tunggu sorang lagi Ong sul yang tidak kunjung tiba..
2 orang otai ni guna mesin xcalibur dan AT Gold, Tahniah buat saudara YM king kerna berjaya menaikkan rantai emas awal2 lagi..
saya dapatlah juga menaikkan cincin 2 bentuk walaupun bukan emas cukup untuk memuaskan hati..
Wednesday, 22 October 2014
Ring count # 40 & 41
Ekspedisi depavali kita redah jeram lagi, kali ni ke jeram tengkek batu kikir, skoop yang baru siap bekerja dengan cemerlang, amat tahan lasak lebih tahan kalau nak banding dengan yang sebelum ni.
Kopak
Baru bikin
Gold ring ring count #39
Bestnya kali ni, sebutir gold ring dan pendant silver sebagai gaji untuk aktiviti kali ini, Lokasi kali ni
di jeram serting ulu, Nak main di jeram satu alat yang sangat penting adalah sand scoop, kalau xde memang hangin satu badan nak naikkan target.
Awal permainan x banyak yang menarik coin sikit dan sampahlah, sampailah dapat bawa naik pendant silver ni,
yang ni dapat pun beberapa minit sebelum balik sebab hujan pun dah mula turun.
Thursday, 16 October 2014
Ring #38
saje saje pergi test control box yang baru disiapkan tadi, ambil masa lunch x sangka plak bleh terjumpa cincin yang ke 38 tahun ni.
Wednesday, 15 October 2014
Last hunt sebelum aidiladha VOC, netherland indie dan 1/2 cent victoria
VOC coin 1753
Raya ni saya kena balik rumah mentua di masjid tanah, sehari sebelum raya wife masih kerja, so saya x bunag masa dah plan nak ke sri menanti, kembali ke tempat dimana saya jumpa eic coin tahun 1754 dulu,Nampak gaya penjajah belanda merata ceruk depa dah masuk satu masa dulu, sampai sri menanti pun dia sampai, x silap sri menanti dibuka sekitar tahun 1700, coin yang dijumpai disini pula tahun 1974, so raja seri menanti kemungkinan dapat memerintah dengan aman dalam masa yang singkat sahaja agaknya. Apapun di sri menanti dapat juga sekeping VOC tahun 1753 berdekatan dengan jumpaan sebelum ni.
1/2 cent 1889( Very fine condition) and 1/2 cent netherlan indie ( bad condition)
Esoknya balik masjid tanah x lepaskan peluang ke linggi, mencari coin coin yang lain dari biasa,
bestnya kali ni dapat juga 1/2 sen tahun 1889 dalam keadaan yang sangat cantik dan setengah sen belanda tapi kondisinya kurang memuaskan, mungkin sebab terlalu hampir dengan laut.
Sunday, 28 September 2014
Nether Indie silver, medallion for kings corronation, unknown coin and others
Minggu ni balik msdjid tanah, hantar mem balik, trs g linggi bersama saudara khairul izwan, dalam msg tadi die cakap ade jumpe silver coin belanda, boleh la swing sekejap, mane tau ade lagi yang tertinggal,
CONFIRM LA MESTI ADE BRO!! HEHE.... layan jap je laa pas gian.
1/10 Gulden Netherl Indie 1855 Silver Belakang die dah dipatri dengan something?
X paham apsal dipatri plak coin tu, sayang ah, buat butang baju kot x? sementara kawan tu berbangga dengan silver die tu saye pun try scan balik laluan die cari tadi, kot2 ade tertinggal, memang ade pun hihihihi...
1st time jumpe 1 cent victoria dalam keadaan yang cun macam gambar atas, second target sekeping lagi 1 cent victoria, last sekali jumpa plak coin yang x tau asal usul ni, tulisan blakang x baper clear.
Gambar depan 1905 crown macam ade tulisanX berapa clear tulisan blakang, scratch kena sodok ngan skop (Menyirap je tgk)
last sekali sblm balik kawan tu jumpa medallion sempena pertabalan raja british
Thursday, 25 September 2014
Jemputan MD

Memenuhi jemputan sebelum ni kerumah abang razak, brader ni yang ajak kami pegi scan rumah die, sampai awal dah, pukul 4 lebih dah sampai lokasi, tapi sebabkan hujan, aktiviti hold dululah, acap teh dulu!!!!
Mase ni kami x call lagi abng razak, kite lepak2 dulu kedai kopi share findings masing2, sidekick aku brader iwan pun keluarkan kesayangan die, dah siap balut envelope lagi koleksi die hehee,.... jeles plak, pas ni bleh buat plak la.. alih alih brader tu ade kat sebelah kami rupenye, minam teh gak le.. macam dah janji2 plak ngan abang razak ni.. lame sembang dekat pukul 6 baru la hujan berenti, kami gerak terus gi lokasi,

COIN SAUDI ARABIA SILVER DALAM MASA KURANG 2 MINIT START
X sampai 2 minit dah naik silver saudi, tulisan x berapa jelas, balik kang cucilah, brader ni cerite kat laman gumah die memang bersepah coin2 lame, memang betul pun cari pakai mate pun leh jumpe 1 cent victoria plak. brader ni call sorang lagi kawan die nak tengok kami lakukan aktiviti MD disini.

SAUDARA IWAN SEDANG MENDENGAR TAKLIMAT DARI ABANG JAIH.

OTAI SEDANG TELITI KOLEKSI JUMPAAN IWAN
Sampai dah, abang jaih namo eh. Abang jaih ni pun mulalah cerita pasal sejarah2 zaman dulu komunis lah, lorong emas lah lombong lah macam macam abang jaih ni. Di kisahkan satu masa dulu komunis lari dari kawasan ni dengan meninggalkan barang2 disekitar kawasan ni.
Dapat jemputan lagi, abang ni ajak kita pergi cari kawasan kem tu, tapi besarnya 12 ekar!! mak aih, muak nak hayun tu.. xpe nanti kami datang bawak GEAR sokongan ye.. saborrrr..... lame dengar cite abng ni, jam pun dah pukul 6 lebih dah, kami pun teruskan MD dengan dibantu oleh anak2 abang razak ( budak2 memang suke main cari harta karun ni).

DIORANG GALI, SAYE PANGKAH JE TARGET.

BRADER BELAKANG TU DAH JUMPA SILVER TU..

HASIL SEBELUM GELAP
Lepas magrib sambung lagi ( tu pun banyak lagi x sempat nak scan), tapi kawasan rumah orang ni biaselah sampah pun banyak, kena pandai main settings dan baca VDIlah.

Hasil Sedara Iwan

Bro punye hasil,
Ringkasan harini kebanyakan yang ditemui adalah settlements coin, Brader iwan best find die 2 pcs silver 5 cents ss (1926n 1919) dan padlock zaman dulu2..
saye nye best find silver 5 cent 1910 ss, 1935 saudi arabia 1/4 riyaldan chinese ten cash coin.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























