Showing posts with label Metal detecting activity. Show all posts
Showing posts with label Metal detecting activity. Show all posts

Tuesday, 7 April 2015

Portugese coins and malacca sultanate coin dengan orang jauh

Phone call dari kushah alfi ajak gi MD di kuala pilah, tapi cuaca panas sekarang x sesuai MD disana, tanah keras dan susah nak gali, kang balik ponek yo kau jang..
   
tapi sebab x nak hampakan orang jauh saya bawa kawan2 pegi mencari coin portugis plak.
pagi2 kawan ni dah sampai masjid tanah dah hihi...


Pun best gak, tanah x keras senag nak gali dan target pun banyak pergi bertiga dengan Iwan Kuala linggi sekali, atas hasil scan part 1 sebelum berenti rehat tengahhari

hasil part 2 belum dibersihkan
 setelah dicuci, sesuailah nak buat frame nanti

Misi kedua, Portugese coin and malacca sultanate coin


kali kedua datang lubang sana sini, kesan digali orang lain di kawasan ini, diseberang sungai terlihat sosok tubuh bluemarin aquarist sedang scan tanah diseberang, kusapa hello dia jawab hello, baru ketemu tapi dari kejauhan sahajalah.. paneh ni nak sembang lamo2,,..
pendekkan cerita gambar atas dapat jugaklah sikit walau kawasan dah macam kena mesinggan dah.. tapi menariknya berbanding sebelum ni, ada hasil yang tidak diduga
Inilah matawang sampan (tin boat dan ingot) rupanya kat melaka pun ade eh bende ni..

coin BA dinheiro
coin portugis sebelah rajah brooke tu yang paling menawan sekali, x sangka plak coin rajah brooke pn blh ade kalini..

White Gold , gold p pendant, other rings and junk

Ini gambar gambar hunting di PD yang tidak sempat update di blog dan facebook


Dua gambar atas hunting bersama saudara shafiq seremban, dua 2 dapat cincin kali ni, saya dapat junk rings sahaja, shafiq dapat 925 silver.




Solo hunting PD dapatlah juga pendant ni berat semacam tapi xda marking plated saja kot, juga ada cincin tembaga utk sejukkan hati,..

last hunt br blh hasil menarik, white gold 375 berat 1 gram sahaja.. cantik sampai rumah terus kena lock. hehe..

Sori menanti airnyo dogheh, hanyut pandan lentang pukang..

Gambar2 hunting sebelumm ini yang belum dapat di post hingga hari ini,


Sampai sampai sini air sungai kering, disebabkan empangan yang pecah, dalam ni memang ade banyak barang, sekitar tebing ini sahaja saya pernah naikkan hampir 20 keping coin lama dari zaman belanda sampai british.


sayang sekali misi kali ni solo, kalau ade geng time ni dah ku korek2 dasar sungai ni, 
md berrenti dulu nak layan brader ni tangkap ikan semilang dan udang galah.

 dah tangkap ikan baru sambung MD. atas coin victorian era dan bawah gambar coin elizabeth,


selain tu ade juga dapat coin cina berlubang tu, coin jepun dari aluminium yang dah hancur sebelah, dan 1 sen borneo.
last sekali elizabet 1 cent, 1,4 cent victoria dan 1 cent BNB


Tuesday, 3 February 2015

Melewati istana kediaman yang dipertuan agung pertama Malaysia



     Kali ini saya berpeluang untuk memasuki perkarangan kediaman yang dipertuan agung Malaysia yang pertama Malaysia iaitu DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad di Seri Menanti. Ini semua dengan pertolongan abang Jaih yang banyak membantu dengan sukarela membawa kami ke lokasi2 MD terbaik sekitar kawasan ini, rupanya abang ni ada hubungan yang amat baik dengan waris kediaman ini jadi dipelawa kami masuk untuk melihat2 kawasan sekitar.  Menurut abang Jaih ni, rumah di dulu pernah didiami oleh yang dipertuan agung pertama seperti didalam gambar ringgit yang kita ada sekarang dan dianggap sebagai salah sebuah istana di daerah ini.
binaan asli senibina minangkabau.


rumah ni besar gile, dari depan sampai belakang.

laman depan ade tiang bendera.

Kalau ikutkan hati nak je MD kat sini, tapi dek kerana kawasan ini masih dipelihara dan berpenghuni saya tinggalkan dululah, kami minta jasa abang Jaih ni untuk minta Izin dari waris, dapat green light jeeeeee...... serobuuuuu laaaa...
hasil Mata detecting, 2 keping singgit surface found.


Abang jaih ni memang best, merate tempat dia bawa kami, semuanya ada potensi baik, cuma sekarang tengah musim panas, tanah disini jadi keras macam batu..... pelan2 jelah boleh korek. 

Ini sahaja dapat dinaikkan kali ini, 2 nkeping 1 sen hongkong 1904 dan 1 sen petak, next time masih lagi di kawasan ini, melawat tapak rumah tok dagang plak.

Sunday, 4 January 2015

VOC, Island of sumatra, Nederl Indie, 1/4 cent, half cent and others..


Hasil carian sekitar kuala pilah dan mambau. kalini dapat jenis yang pelbagai, ada 2 keping 1/2 cent george VI, island of sumatra, VOC, Nederl Indie, dan Quarter cent victoria, seronok gak bile jumpa macam 2 jenis ni.. tapi x syok nya bile gerak sorang2..
1/2 cent 1940 king george VI
Ini gambar coin selepas melaui proses pembersihan menggunakan kaedah cuka, elektrolisis dan polish.
Kali ni gi MD naik kuda jeeee... huuu sedey ahh.. kereta ada akak pinjam lah, org umah pakailah, tinggallah kawan melepaskan gian dengan kuda  hitam ni...

Thursday, 25 December 2014

Ayam token, Silver stuivers, VOC, subang emas dan macam2 lagi!!!!!

hasil 4 orang di kolo pilah


Semalam bertemankan 3 orang lagi pelakon ekstra dalam misi pencarian disekitar kolo pilah, 1st sekali sampai sayelaa... pukul 12 dah sampai, semangat nak md membuak2.. tunggu 3 orang pelakon tambahan yang x sampai2.. nasib baik janji kol 2. pertama sekali sampai brader Daeng MJ dari Cheras on time. diikuti brader kecik dari langat (Jauh2 diorang ni datang punyela semangat). dan last sekali brader Iwan umang2 dari melaka, mamat sorang ni je on the way tapi 2 jam pun x sampai2..
   sebabkan x mau membazir mase kawan2 yang datang dari jauh saya contact brader razak pilah dulu, rancangan nya nak training brader Daeng MD dahulu, brader ni masih baru menggunakan MD. rumah abang razak ni kali kedua kami sampai.


Brader daeng sedang "menyeken" berpoluh2 tangan eh.. tapi skop terlalu besar kurang sesuai dikawan tanah.

Generasi baru diggers, pikap anak2 abng razak ni, kejap je ajar dah pandai
kecik tangan menggigil nak md dah x bleh tahan, ni salah sorang MD tegar hujan panas pun jadi
lepas 2 jam on the way baru sampai, Cettt... kecik and brader daeng sedang meneliti hasil mereka.

jam dah pukul 4 kami beredar cari SORU kendian baru pegi port tepi sungai, salah satu lokasi penting dalam misi kali ini.
bro punya hasil, ada beberapa coin yang x dapat dikenalpasti balik kena cuci dulu tapi ada Quarter cent, 1 cent dan duit cina
brader daeng beginners luck naikkan subang emas dan logo tentera persekutuan tempatan

Kecik, VOC dan 10 cent straight settlements.



Toke umang2 champion walaupun 2 jam ketinggalan 2 silver stuivers, token ayam dan macam2 lagi..

walaupun terlewat 2 jam iwan berjaya kejar kami dan mendapat hasil terbaik kali ini, BageeROOOOOO.. hihihihi.. nanti kau..

Monday, 22 December 2014

seperatus rupiah


Coin ini adalah semasa pendudukan belanda di indonesia suatu ketika dulu, tetapi juga boleh diguna di tanah melayu berikutan penemuan banyak coin jenis ini di tanah melayu baru2 ini.
 Total findings hafizi  dan bro.
Ni haafizi punye findings, note ring tu temuan hari sebelumnya di pd.

Saturday, 6 December 2014

VOC, Victoria dan John F kennedy Medallion


Kuala Pilah 6.12.2014 -
   Kembali ke sungai dimana saya pernah menaikkan 2 keping VOC satu  masa dulu, Ingatkan dah habis dah.. ade lagi..
 Victoria East India Co 1/2 cent

 Duit belanda condition teruk

coin yang tinggal sebelah, sebelah lagi gagal ditemui

Cucuk sanggul ini hasil yang pertama sekali dalam trip kali ni

 JFK medal agaknya..

Menurut cerita orang kampung, sungai ini 4 tahun dahulu tebingnya runtuh ketika hujan lebat. ekscavator dipanggil untuk mengorek tanah diseberang sungai dan ditambak di tepi sungai yang runtuh untuk menampung air sungai tersebut. seberang yang satu lagi pula pasir dari dalam sungai dikorek dan di tambak dengan isi sungai tersebut di seberang satu lagi.. patutlah banyak dapat kat seberang cinie je... lain kali saya dan kawan2 akan melusuri tebing sungai dan scan tebing sungai bahagian bawah.. 
 2 coin VOC tahun yang sama tapi logo berlainan, sekor singa dalam kotak satu lagi 2 ekor singa dok luar kotak
Half Cent East India Company 1845 setelah dicuci dengan teknik electrolisis