Tuesday, 3 February 2015

Melewati istana kediaman yang dipertuan agung pertama Malaysia



     Kali ini saya berpeluang untuk memasuki perkarangan kediaman yang dipertuan agung Malaysia yang pertama Malaysia iaitu DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad di Seri Menanti. Ini semua dengan pertolongan abang Jaih yang banyak membantu dengan sukarela membawa kami ke lokasi2 MD terbaik sekitar kawasan ini, rupanya abang ni ada hubungan yang amat baik dengan waris kediaman ini jadi dipelawa kami masuk untuk melihat2 kawasan sekitar.  Menurut abang Jaih ni, rumah di dulu pernah didiami oleh yang dipertuan agung pertama seperti didalam gambar ringgit yang kita ada sekarang dan dianggap sebagai salah sebuah istana di daerah ini.
binaan asli senibina minangkabau.


rumah ni besar gile, dari depan sampai belakang.

laman depan ade tiang bendera.

Kalau ikutkan hati nak je MD kat sini, tapi dek kerana kawasan ini masih dipelihara dan berpenghuni saya tinggalkan dululah, kami minta jasa abang Jaih ni untuk minta Izin dari waris, dapat green light jeeeeee...... serobuuuuu laaaa...
hasil Mata detecting, 2 keping singgit surface found.


Abang jaih ni memang best, merate tempat dia bawa kami, semuanya ada potensi baik, cuma sekarang tengah musim panas, tanah disini jadi keras macam batu..... pelan2 jelah boleh korek. 

Ini sahaja dapat dinaikkan kali ini, 2 nkeping 1 sen hongkong 1904 dan 1 sen petak, next time masih lagi di kawasan ini, melawat tapak rumah tok dagang plak.

Wednesday, 21 January 2015

VLF Metal detector



Inilah mesin VLF yang saya gunakan selama ini, dibuat untuk pasaran sekitar Malaysia sahaja, berbeza dengan mesin jenis Pulse Induction, alat ini mempunyai kelebihan dimana ia mampu mengesan dan mendiskriminasi  jenis logam. Diskriminasi bermaksud ia boleh membezakan jenis logam seperti emas, perak, tembaga atau besi iron.

Terdapat 2 jenis logam perlu diketahui seperti berikut

Ferrous - Logam besi/iron berkarat.
Nonferrous- Logam berharga selain di atas ( Emas, Perak, tembaga dsb)

Alat ini mempunyai 2 mode penggunaan iaitu All Metal . Dan Discrimination Mode 

All Metal Mode
pada mode ini, alat ini akan mengesan semua jenis Ferrous dan Non Ferrous

Discrimination Mode
Pada mode ini pula alat ini akan reject ferrous object (Iron) secara automatik, tetapi dalam masa sama boleh mengesan logam Nonferrous. selain itu lain2 logam boleh direject pada mode ini bergantung kepada setting pengguna.

oleh kerana kelebihan diskriminasi ini, alat ini amat sesuai digunakan di daratan untuk mencari relic, coins lama dan sebagainya.
Alat ini juga dilengkapi dengan digital VDI Display dimana ianya membantu mengenalpasti jenis objek didalam tanah sebelum digali melalui paparan di skrin.

Terdapat 2 jenis bateri untuk alat ini iaitu AA1.5V(8 pcs) dan Li-Ion 3.7V Rechargeable(3pcs)


Coil yang digunakan pada alat ini adalah dari jenis DD berdiameter 26cm.

Next post kite try expose berkaitan dengan Coil bagi metal detector pula.

Sunday, 4 January 2015

VOC, Island of sumatra, Nederl Indie, 1/4 cent, half cent and others..


Hasil carian sekitar kuala pilah dan mambau. kalini dapat jenis yang pelbagai, ada 2 keping 1/2 cent george VI, island of sumatra, VOC, Nederl Indie, dan Quarter cent victoria, seronok gak bile jumpa macam 2 jenis ni.. tapi x syok nya bile gerak sorang2..
1/2 cent 1940 king george VI
Ini gambar coin selepas melaui proses pembersihan menggunakan kaedah cuka, elektrolisis dan polish.
Kali ni gi MD naik kuda jeeee... huuu sedey ahh.. kereta ada akak pinjam lah, org umah pakailah, tinggallah kawan melepaskan gian dengan kuda  hitam ni...

Thursday, 25 December 2014

Ayam token, Silver stuivers, VOC, subang emas dan macam2 lagi!!!!!

hasil 4 orang di kolo pilah


Semalam bertemankan 3 orang lagi pelakon ekstra dalam misi pencarian disekitar kolo pilah, 1st sekali sampai sayelaa... pukul 12 dah sampai, semangat nak md membuak2.. tunggu 3 orang pelakon tambahan yang x sampai2.. nasib baik janji kol 2. pertama sekali sampai brader Daeng MJ dari Cheras on time. diikuti brader kecik dari langat (Jauh2 diorang ni datang punyela semangat). dan last sekali brader Iwan umang2 dari melaka, mamat sorang ni je on the way tapi 2 jam pun x sampai2..
   sebabkan x mau membazir mase kawan2 yang datang dari jauh saya contact brader razak pilah dulu, rancangan nya nak training brader Daeng MD dahulu, brader ni masih baru menggunakan MD. rumah abang razak ni kali kedua kami sampai.


Brader daeng sedang "menyeken" berpoluh2 tangan eh.. tapi skop terlalu besar kurang sesuai dikawan tanah.

Generasi baru diggers, pikap anak2 abng razak ni, kejap je ajar dah pandai
kecik tangan menggigil nak md dah x bleh tahan, ni salah sorang MD tegar hujan panas pun jadi
lepas 2 jam on the way baru sampai, Cettt... kecik and brader daeng sedang meneliti hasil mereka.

jam dah pukul 4 kami beredar cari SORU kendian baru pegi port tepi sungai, salah satu lokasi penting dalam misi kali ini.
bro punya hasil, ada beberapa coin yang x dapat dikenalpasti balik kena cuci dulu tapi ada Quarter cent, 1 cent dan duit cina
brader daeng beginners luck naikkan subang emas dan logo tentera persekutuan tempatan

Kecik, VOC dan 10 cent straight settlements.



Toke umang2 champion walaupun 2 jam ketinggalan 2 silver stuivers, token ayam dan macam2 lagi..

walaupun terlewat 2 jam iwan berjaya kejar kami dan mendapat hasil terbaik kali ini, BageeROOOOOO.. hihihihi.. nanti kau..

Monday, 22 December 2014

seperatus rupiah


Coin ini adalah semasa pendudukan belanda di indonesia suatu ketika dulu, tetapi juga boleh diguna di tanah melayu berikutan penemuan banyak coin jenis ini di tanah melayu baru2 ini.
 Total findings hafizi  dan bro.
Ni haafizi punye findings, note ring tu temuan hari sebelumnya di pd.

Saturday, 6 December 2014

VOC, Victoria dan John F kennedy Medallion


Kuala Pilah 6.12.2014 -
   Kembali ke sungai dimana saya pernah menaikkan 2 keping VOC satu  masa dulu, Ingatkan dah habis dah.. ade lagi..
 Victoria East India Co 1/2 cent

 Duit belanda condition teruk

coin yang tinggal sebelah, sebelah lagi gagal ditemui

Cucuk sanggul ini hasil yang pertama sekali dalam trip kali ni

 JFK medal agaknya..

Menurut cerita orang kampung, sungai ini 4 tahun dahulu tebingnya runtuh ketika hujan lebat. ekscavator dipanggil untuk mengorek tanah diseberang sungai dan ditambak di tepi sungai yang runtuh untuk menampung air sungai tersebut. seberang yang satu lagi pula pasir dari dalam sungai dikorek dan di tambak dengan isi sungai tersebut di seberang satu lagi.. patutlah banyak dapat kat seberang cinie je... lain kali saya dan kawan2 akan melusuri tebing sungai dan scan tebing sungai bahagian bawah.. 
 2 coin VOC tahun yang sama tapi logo berlainan, sekor singa dalam kotak satu lagi 2 ekor singa dok luar kotak
Half Cent East India Company 1845 setelah dicuci dengan teknik electrolisis

Tuesday, 2 December 2014

ring count#49 Dan gelang kaki aishwarya raei

total find of yesterday

bersendiri lagi semalam menggali dan mengorek pasir di pantai port dickson, kali ni x larat nak gali peluru so select target yang  selain dari tu... kena pandai baca ID lah,,, coins memang biase banyak dapat, selain tu pulltab dan broken zipper.

antara findings yang menarik seperti gambar berikut
Cincin permata delima berbaju tembaga

Gelang kaki perempuan yang dipakai pleh kaun india.

ring#46,47,48, smallest gold ring and biggest ss necklace found

Smallest gold ring began lalang

Rezeki lepas jumaat, banyak coins, sampah on byk.. Awal2 scan byk jumps coins shj, lepas sejam Br naik stainless steel ring utk up semangat.

 Coin spill, 8 keping DLM 1 lubang

916 gold kids gold ring

Gold ring!! Last sekali nak blk Baru die mau naik.. X kisahlh janji naik.. Time nilh sronok dpt kuning, smp sandscoop pn cicir..
Terpakselh buat lain plk..
Gambar di Pd sebelumnya.. Ss necklace besar Dan rainbow ring