Wednesday, 9 September 2015

Mengenali characteristic coil Metal detector anda

Memahami fungsi coil dan characteristic coil anda akan sedikit sebanyak membantu pengguna dalam aktiviti anda.. Disini saya terangkan dengan ringkas untuk mudah difahami oleh mereka yang kurang pengetahuan dalam aspek teknikal alat pengesan anda.

Terdapat banyak paten berkaitan coil tapi saya fokuskan pada coil yang popular dan selalu diguna dalam market sekarang.

DD coil for VLF

DD coil dikategorikan sebagai 2 bentuk gelung wayar berbentuk D dimana ia adalah transmit and receive antenna yang bertindih mewujudkan bentuk coil yang sempurna.

gambar atas adalah DD coil yang saya buat, jadi pada sesiapa yang menggunakan coil jenis ini, camnila rupa bentuk isi dalam coil anda.

Detecting zone

Penting untuk kita ketahui detcting zone bagi coil kita, ini untuk memudahkan pinpointing objek kita nanti.


gambarajah atas ni menunjukkan detection zone area/zone  pada DD coil.

Kalau kita perhatikan scan area dia lebar dibahagian sisi tetapi slim di tengah. 

Kebaikan 

Senang untuk pinpoint object walaupun tiada mode pinpoint pada alat anda. (dengan cara yang betul)
search area yang lebar membolehkan anda cover banyak ground dengan mudah.

Concentric coil CC coil for VLF



macam ni rupa dalam concentric coil, sama macam DD coil, ia juga ada dua seperate coil utk transmit dan receive.

Detecting zone

berbeza dengan DD coil, kawasan sasaran bermula dibahagian tengah dan menguncup sehingga ke bawah, bahagian sisi dan depan juga sama kawasan sasaran.

search area juga lebih kecil berbanding DD coil. jadi kena scan lebih banyak gorund berbanding DD coil.

jadi bagi mesin yang tidak punya pinpoint mode agak leceh jugak la nak pinpoint dia, kena gali besar sikit dibahagian tengah untuk bawa keluar target.

Kebaikan 

Jika dibandingkan dengan DD coil pada saiz yang sama, CC coil boleh mengesan objek lebih dalam.

Perbezaan antara DD coil dan Concentric coil

kedalaman- Concentric coil boleh kesan objek lebih dalam berbanding DD coil jika saiz coil                                  yang sama.
Search area-DD coil boleh cover lebih kawasan lebih cepat berbanding CC coil.
pinpointing- Lebih mudah pinpoint dengan DD coil berbanding CC coil

Monoloop coil for pulse induction machine


inilah rupa mono coil dalam mesin pulse induction.
mono coil ni ada berbagai pattern tetapi basicnya ianya adalah satu gelung sahaja bertindak sebagai trnsmit dan receive. prinsipnya x payah ceritalah.. 

Dual field coil
Dual field coil dari Whites electronic ini juga satu bentuk mono coil, perbezaan nya ia ada dua mono coil yang disambung secara siri. berbeza dengan CC coil ia juga adalah tranmit dan receive yang sama.
 kelebihan pada dual field ini adalah oleh kerana saiz coil luarnya yang besar, objek boleh dikesan lebih dalam tetapi objek kecil pula akan menjadi sukar dikesan. Oleh itu Engineer mereka telah tambah satu lagi coil bahagian tengah supaya objek kecil juga tidak terlepas.

Basket wound coil

Ini satu lagi contoh mono coil, khabarnya ia lebih sensitif pada target tapi belum lagi saya cuba, maybe next time.

Detecting zone

OK, begini rupa target zone dia, tengok pada gambar ni, kawasan pengesanan dia besar, depan dan sisi sama, jadi ini agak menyukarkan nak pinpoint.
jika anda menggunakan pulse induction machine cara pinpoint adalah dengan mengelilingi objek yang dikesan,. 


Coil yang saya bina

Coil pada pulse induction saya adalah berbentuk eliptical mengambil sempena design yang diguna pada Garret infinium LS.

kenapa saya memilih elips coil??
pertama kerana coil besar walaupun boleh kesan lebih dalam, objek kecil pula akan kurang dikesan. jadi saya slimkan supaya objek kecil lebih mudah dikesan.
kedua pinpointing dengan coil yang slim ternyata lebih mudah berbanding round coil.

dah la tuuu lotih den menaip ni haa..

Monday, 7 September 2015

Memahami operating sistem dalam alat pengesan logam

Ramai yang tidak faham tentang operating sistem pada sesebuah alat pengesan logam, bagi yang masih baru dalam dunia metal detecting, kebanyakan hanya tahu fungsi alat tersebut hanya untuk mengesan logam. Memang betullah tu, cuma kurang tepat. Sesebuah alat itu mempunyai Operating sistem atau technology yang berbeza. Kenapa perlu sistem yang berbeza? Sudah tentu kerana berlainan sistem mempunyai fungsi, kelebihan dan kekurangan masing masing. Dalam pembikinan alat ini terdapat pelbagai jenis OS, untuk pengetahuan semua saya sebutkan beberapa jenis,
VLF,PI,BBS,FBS,BFO dan sebagainya, ini antara OS yang banyak terdapat dan popular ketika ini,

BFO adalah antara OS yang terawal dalam sejarah pembikinan alat pengesan logam, walaupun begitu, ianya bukanlah OS yang boleh dipandang ringan, ada terdapat banyak circuit menggunakan sistem ini, saya juga bermula membuat MD bermula dengan BFO yang basic.

BBS dan FBS pula sangat popular ketika ini dan eksklusif keluaran maker terkenal MINELABS.


Hari ini saya nak mengkhususkan dengan dua jenis OS yang saya hasilkan yang sangat popular dan digunakan oleh semua pengeluar MD terkemuka seperti Garret,Tesoro,Fisher,Teknetiks dan sebagainya iaitu VLF dan PI. 


VLF METAL DETECTOR

VLF adalah akronim kepada (Very Low Frequency)

Antara model yang menggunakan VLF    

    Garret AT series, ACE series,Fisher F series, Teknetiks (hampir semua) Tesoro land unit semua, Whites land unit,  nak sebut satu-satu memang x muat page so saya sebutkan yang popular sahaja

Coil type                                        
 DD,OO, concentric (Induction balance coil)

Ground balancing                                           Yes

Discrimination                                                 Yes

Activity                                                        
Coin hunting, jewellery, relic (Good), beach (kurang sesuai)

Search Terrain      
 Land very good/ wet beach not very good,
( Dont get me wrong ya adik-adik, ada sesetengah VLF model yang boleh main di wetsand, tapi kebanyaknnya perlu kerap groundbalance dan reduce sensitiviti to make it stable),
 ada setengah model pulak langsung x boleh. Ini juga bergantung pada sesetengah pantai, pantai yang highly mineralised lagila jem, yang kurang mineralised pula ok kurang gangguan.

Display/Target ID                                      
Yes,
Target ID ni adalah nombor paparan pada skrin, jika ada pengesanan nombor2 berbeza akan keluar pada skrin bergantung kepada jenis logam objek yang dikesan

Cara pengesanan                                      
 coil pada VLF md ni ada 2 kebiasaannya iaitu Transmitter (TX) dan Receiver (RX). VLF menggunakan perbezaan anjakan fasa antara kedua dua TX dan RX ,atau phase difference untuk membezakan antara jenis2 logam.

PI METAL DETECTOR

PI adalah akronim kepada Pulse Induction metal detector

Antara model yang menggunakan sistem PI  
Whites Surf pi DF,TDI,,  tesoro sandshark, garret infinium, seahunter. ahhh banyak lagi laaa....

Coil type                                                    
 Mono loop, dual field, ada juga sesetengah yang menggunakan induction balance coil.

Ground balance                                      
 kebanyakan x perlu ground balance.

Discrimination  
hanya sesetengah high end detector sahaja mempunyai fungsi ini, tetapi bagi pengkaji, PI tidak mempunyai diskriminasi sebaik VLF

Search terrain                                          
   pantai (excel), land kurang sesuai, kenapa kurang sesuai kerana ianya tidak mampu membezakan antara jenis logam. Tapi bagi yang sudah biasa menggunakan jenis ini,  mereka boleh membezakan bunyi antara iron dan logam lain. maksudnya ada sedikit discriminasi tetapi sangat kurang.

aktiviti sesuai                                          
  Coin hunting, beach, jewellery (Good) Relic (Kurang  sesuai)

Target ID                                          
 Normally tiada

cara pengesanan                                      
  mesin pulse induction tidak seperti VLF dimana ia mengesan objek apabila berlaku perubahan amplitud pada  coil.


To be continued Sakit peroot.....














Friday, 4 September 2015

Wet sand with the pulse md by mr sandora

2 cincin terbaru temuan oleh encik sandora yus dari mersing, dua2 nampak sangat tua, satu cincin mata kayu dan 1 lagi emas, tahniah tuan sandora berjaya menguasai mesin pulse ini

Ini cincin sebelum ini, cincin tembaga batu delima, cun tapi sudah dilamar org..

Thursday, 3 September 2015

metal detecting the wet beach with the pulse machine


Atas hasil temuan menggunakan mesin pulse induction di pantai blue lagoon port dickson

 cincin batu saiz mega
dan cincin silver design spiderweb