Wednesday, 21 January 2015

VLF Metal detector



Inilah mesin VLF yang saya gunakan selama ini, dibuat untuk pasaran sekitar Malaysia sahaja, berbeza dengan mesin jenis Pulse Induction, alat ini mempunyai kelebihan dimana ia mampu mengesan dan mendiskriminasi  jenis logam. Diskriminasi bermaksud ia boleh membezakan jenis logam seperti emas, perak, tembaga atau besi iron.

Terdapat 2 jenis logam perlu diketahui seperti berikut

Ferrous - Logam besi/iron berkarat.
Nonferrous- Logam berharga selain di atas ( Emas, Perak, tembaga dsb)

Alat ini mempunyai 2 mode penggunaan iaitu All Metal . Dan Discrimination Mode 

All Metal Mode
pada mode ini, alat ini akan mengesan semua jenis Ferrous dan Non Ferrous

Discrimination Mode
Pada mode ini pula alat ini akan reject ferrous object (Iron) secara automatik, tetapi dalam masa sama boleh mengesan logam Nonferrous. selain itu lain2 logam boleh direject pada mode ini bergantung kepada setting pengguna.

oleh kerana kelebihan diskriminasi ini, alat ini amat sesuai digunakan di daratan untuk mencari relic, coins lama dan sebagainya.
Alat ini juga dilengkapi dengan digital VDI Display dimana ianya membantu mengenalpasti jenis objek didalam tanah sebelum digali melalui paparan di skrin.

Terdapat 2 jenis bateri untuk alat ini iaitu AA1.5V(8 pcs) dan Li-Ion 3.7V Rechargeable(3pcs)


Coil yang digunakan pada alat ini adalah dari jenis DD berdiameter 26cm.

Next post kite try expose berkaitan dengan Coil bagi metal detector pula.

2 comments: