Waaa.. kali ni dijemput khas oleh saudara khairul izwan untuk sama-sama mengorek khazanah2 lama di tanah bapak beliau di linggi, siap datang jemput di rumah saya tu. Untuk pengetahuan saudara izwan telah membeli VLF MD sejak beberapa bulan dulu dan pernah menaikkan berbagai coin2 yang agak sukar ditemui.
Sebelum pergi buat persiapan kelengkapan dulu.
SS shovel, pin pointer, screw driver flat, headphone, battery spare, pouch, emergency tool kit, anti mosquito, dan VLF MD
Dari rasah ke linggi ambil masa dalam sejam jugaklah nak sampai, brader ni hari2 die free syoklah leh g selalu, kite time cuti je bleh pegi, sampai sane pun dah petang aktiviti pun bermula. sejam yang pertama banyak jumpa sampah je, pastu baru start timbul coin satu persatu, makin lama makin rancak..
Dah naik malam ade satu motor datang ( alamak pulis ka? ). kacau daun tol, rupe2nya orang kampung yang datang siap pakai baju rukun tetangga lagi. Ingatkan nak kena sound tapi nasib baik abng ni jenis sport juga, dia pun minat nak tengok ape kita cari. Brader ni nak tunjuk koleksi dia plak kat kami, nanti dah habis scan dia ajak datang tmpt keje die (Guard sekolah) tengok koleksi dia.
Sblah kiri bro pnye, blah kanan izwan punye hasil
Bro
Izwan
Tahniah untuk brader izwan, sekarang sudah mahir guna mesin dia, dah bleh celen aku ni hihi...
antara hasil yang menarik hari semalam
1 cent british north borneo dan 1/2 cent 1940 (Bro punye)
Nederlanden Indie seperatus rupiah/1 cent 1859 (Izwan punye)
No comments:
Post a Comment