Sunday, 20 July 2014

Coin portugis, coin british dan memacam ada...

Ambil masa sabtu ni turun melaka, pegi test lokasi lokasi yang strategik, on the way singgah sekejap di port dickson seawal jam lapan pagi, awal lagi tunggu okey umanag2 chalet ni kita scan dulu di port dickson, coin coin modern sahaja yang timbul beserta dengan coin cina ( probably charm dunno ).
Nak pegi minaam teh kang kena sumpahkat  orang je plak pose2 ni.
Setengah jam kemudian bergerak ke meeting point di masjid tanah untuk bertemu dengan Bro Iwan, tokey umang2 celet. Jumapa dah terus gi scouting lokasi lokasi yang bersesuaian.
Tanpa melengahkan masa, MD dihayun sebelum matahari tegak. dah tengah hari kang meleleh ketiak bro.
hasil seperti dalam gambar peluru besar, 4 keping disyaki coin penjajah (belum cuci) bekas azimat tembaga bertulisan tembaga dan sepuluh hengget.

Peluru senjata apakah ini? besar duit 50 sen plak. Pagi tadi ade orang siam datang jual piuk belango kat kampung, dia tengok je peluru tu terus dia mintak, berhajat sangat dia, katanya nak buat pemakai sebab auranya kuat. lagi dia cakap peluru tersebut dah makan orang sebelum ni sebab tu aura dia lain macam.
 Macam pernah ku lihat simbol bersilang tu adakah ini syiling penjajah?
simbol nya seperti coin portugis, x pasti, belakangnya serpihan azimat tembaga yang telah pecah.

Cuasa terlalu panas tak sesuai untuk MD ketika sedang berpuasa, berhenti rehat sementara berbincang tentang lokasi2 lain yang berpotensi,
pukul 6-30 ptg melawat lokasi kem jepun satu ketika dulu yang dah bersemak, siap dengan tower, bangunan dan lantai berek lagi kawasan ni, lain kali kami datang scan kawasan ni sebab waktu pun sudah menganjak ke senja dan masih ada satu kawasan untuk dikunjungi, lokasi penutup hari ni di kuala pilah, port minggu lepas, cuba naib sekali lagi. hasil di kuala pilah seperti gambar.
2 keping 1 cent queen elizabeth, 2 keping 1 cent petak , 1 keping 10 cent, dan sekeping 5 sen  saiz besar dan singgit, semua straight settlements coins kecuali 1 ringgit. dan set kunci jua ditemui, dah penat balik rehat ZZZZZZZZZ..

No comments:

Post a Comment