Thursday, 31 July 2014

Gold and silver di aidilfitri (#40)


Selamat hari raya aidilfitri. Balik dari kampung semalam x sempat sampai rumah terus g pantai, rasa bulan puase yang lepas belum ade lagi md di pantai so harini cuba nasib, x banyak findings tapi manage jugak naikkan sebentuk gold ring dan rantai silver yang sudah putus link dia.
Cantik cincin ni, siap batu lagi.

4 rings at local park (#36,37,38,39)

Bulan pose ni nak gi hunting siang2 x tahan, layan je la kat padang awam, habis sahur terus gerak kat padang awam area nilai ni, tau dah mesti coin banyak sini, tapi x sangka plak, kat padang awam pun leh gak jumpa cincin, sampai 3 lak tu.
Sesi kedua keesokannya, ade lagi satu cincin, duit memang confirm bersepah lah, oleh sebab malas nak korek dalam dalam, saya gali target yang shallow sahaja, hunting di kawasan awam macam ni kena beringat sikit, kenalah guna cara, alatan dan teknik yang sesuai supaya padang x rosak dan tidak mengganggu orang lain. Bagi saya cukup dengan menggunakan skrew driver flat sahaja, satu lagi alat yang amat penting adalah pinpointer. wajib kena ada alat ni kalau nak gin tempat awam, kerosakan dapat dikurangkan dan mempercepatkan kerja.

Siri kedua mengesan duit lama, sri menanti



Siri kedua di seri menanti, banyak lagi yang boleh explore disini, mencari khazanah silam memang menyeronokkan. Tapi kondisi coin disini agak x berapa baik kerana keadaan soil yang kering tidak menjamin mutu jumpaan yang cantik. tapi kalau jumpaan kawasan tanah sawah memang cantik, misi mencari duit silver dan emas masih berterusan, selagi x dapat jumpa sekeping selagi tu la x puas hati.

Sri menanti, mengesan duit lama, england coin 1754


Duit apakah ini? front view lambang kerajaan england kan? saya pernah melihat duit VOC seperti ini di internet tapi reversenya ada lambang VOC tapi yang ini ada tulisan WEST SJS.
tak berapa clear belakang WEST SJS 1754, setakat ini selain duit portugis inilah coin paling lama jumpaan saya.

Sunday, 20 July 2014

Coin portugis, coin british dan memacam ada...

Ambil masa sabtu ni turun melaka, pegi test lokasi lokasi yang strategik, on the way singgah sekejap di port dickson seawal jam lapan pagi, awal lagi tunggu okey umanag2 chalet ni kita scan dulu di port dickson, coin coin modern sahaja yang timbul beserta dengan coin cina ( probably charm dunno ).
Nak pegi minaam teh kang kena sumpahkat  orang je plak pose2 ni.
Setengah jam kemudian bergerak ke meeting point di masjid tanah untuk bertemu dengan Bro Iwan, tokey umang2 celet. Jumapa dah terus gi scouting lokasi lokasi yang bersesuaian.
Tanpa melengahkan masa, MD dihayun sebelum matahari tegak. dah tengah hari kang meleleh ketiak bro.
hasil seperti dalam gambar peluru besar, 4 keping disyaki coin penjajah (belum cuci) bekas azimat tembaga bertulisan tembaga dan sepuluh hengget.

Peluru senjata apakah ini? besar duit 50 sen plak. Pagi tadi ade orang siam datang jual piuk belango kat kampung, dia tengok je peluru tu terus dia mintak, berhajat sangat dia, katanya nak buat pemakai sebab auranya kuat. lagi dia cakap peluru tersebut dah makan orang sebelum ni sebab tu aura dia lain macam.
 Macam pernah ku lihat simbol bersilang tu adakah ini syiling penjajah?
simbol nya seperti coin portugis, x pasti, belakangnya serpihan azimat tembaga yang telah pecah.

Cuasa terlalu panas tak sesuai untuk MD ketika sedang berpuasa, berhenti rehat sementara berbincang tentang lokasi2 lain yang berpotensi,
pukul 6-30 ptg melawat lokasi kem jepun satu ketika dulu yang dah bersemak, siap dengan tower, bangunan dan lantai berek lagi kawasan ni, lain kali kami datang scan kawasan ni sebab waktu pun sudah menganjak ke senja dan masih ada satu kawasan untuk dikunjungi, lokasi penutup hari ni di kuala pilah, port minggu lepas, cuba naib sekali lagi. hasil di kuala pilah seperti gambar.
2 keping 1 cent queen elizabeth, 2 keping 1 cent petak , 1 keping 10 cent, dan sekeping 5 sen  saiz besar dan singgit, semua straight settlements coins kecuali 1 ringgit. dan set kunci jua ditemui, dah penat balik rehat ZZZZZZZZZ..

Sunday, 13 July 2014

kolo pilah, port baru yang terbest



Orang lain tarawih, den poie layan natnag ni plak , hehe,, dah numpang gumah orang baju apo pun x bawak, bawak diri yolah.
tapi kawasan ni rasanya memnag banyak coin 2 lame, setengah jam disini, scan pun berapa langkah je.. bunyi ada saje merata, sampah plak x banyak, kalau henjut 3 jam rasa berpuluh bawak naik ni, minggu depan gerenti mai pulaklah.

antara temuan

1945 1 cent, yang biasa jumpa mesti warna hijau, yang ni je coklat plak.
2 keping 1 cent straight settlement, bad condition, masih lagi cuba mencari kondisi yang superb untuk koleksi peribadi.
5 cent straight settlements silver 1935, sayang sudah lekuk guna skrew driver semalam.

Wednesday, 2 July 2014

Mancing dan md

bulan2 pose x lah menjadi halangan sangat nak g md, atau aktiviti2 kegemaran lain, sabtu lepas berbuka di seri menanti sempat gak la ngunjun haruan, sementarq nak tunggu waktu berbuka tu kan, dah ouas mancing g md plk kat taman2 terdekat, xde yang special duit syiling moden saje yang banyak. time2 macam ni habiskan banyak masa kaji sejarah dan mark port2 baru, lepas ry nt blhlh g serbu..