Tuesday, 27 August 2013

Performance Bro's PI di jeram


Baru balik bercuti 4 hari di Perak, semalam baru sampai Nilai. Saje nak penuhi undangan kahwin kawan-kawan kat sane.. Kami tidoq di Batu Kurau tapi kenduri di Tanjung Piandang. Jauh gakla nak pegi pun...
Tujuan gi Perak ni, bukan setakat nak gi rumah kawin je, tapi nak mancing la, jalan2 la... tapi banyak program terbantut sebab hujan galak lak kat cnie...
Tapi 1 aktiviti ni x bleh tinggal mesti nak ber MD gak lah.. heheheh... mane leh tahan bro..
So lokasi hunting kali ni jeram berdekatan dengan rumah tok dan tokwan, JERAM SEMPENEH name die.. dekat je dengan pekan Batu Kurau..
Sedikit gambar2 hunting di JERAM SEMPENEH Batu Kurau. Airnye bersih dan sejuk.. gigil gak loa lutut nak mandi sini... 


Tertonggeng-tonggeng la jugak nak cari item dalam air tu.. lupe nak bawak tool yang sesuai.. sand scoop leh tinggal lak.. ceh..
Sampai kat jeram ni di awal pagi.. takut lambat sangat nanti ramai lak yang datang menonton..

Sedikit Tips untuk Detectorist di luar sane yang nak MD kat kawasan jeram ni..
1.   Datang awal pagi, paling cantik isnin sampai jumaat, bile orang tak ramai gi mandi mande di jeram ni.. kadang2 penat gak nak melayan orang yang menonton ni.. terganggu stim nak memburu bro..
2.   Jangan gatal2 nak MD di jeram selepas hujan, kerana kite tak tahu bile kepala air nak datang,
Carilah hari yang cerah sikit. Kalau hujan semasa memburu cepat cepat la keluar sebab aktiviti ni kadang2 boleh buat kita leka dengan keadaan sekeliling.
3. Hormat sikit tempat orang, jangan buang sampah merata-rata dan jangan sampai mengganggu orang lain nak berseronok mandi-manda.

Renung renungkan dan selamat ber MD.. 


Setengah jam punye hasil, cincin  coin dan spoket motor (Ape ke jadah gi buang spoket dalam jeram ni tah?)
Sayang gilelah sebab x dapat nak layan lame2 kat sini.. hujan turun plak dah..

ade satu kawasan lagi x sempat nak layan...mmg frust gile,
 sungai kat bawah ni banyak sejarah, tapi dapat tengok je la sebab hujan dan air pun dah start deras.. mungkin lain kali .. wait for me bro...
Tapi 1 bende ni nasib baik sempat merase.. MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG.. pueh hati den dah dapek meghaso.. heheheheh

No comments:

Post a Comment