Monday, 10 November 2014

ring count #44 & 45



Silver ring  and junk ring

kali ni hasil lebih banyak dari sebelumnya, sampai lokasi pukol 10 balik pukul 2.


Kadang2 ada juga yang tertanya2 kenapa saya boleh dapat lebih banyak dari orang lain sedangkan mesin yang diguna same je??

Rahsianya adalah,.... select spot yang tertentu sahaja dimana orang selalu melepak dan baring2,

kedua yang penting adalah penggunaan aksesori yang sesuai, paling penting pada saya adalah menatang ni,
Sandscoop  DIY ( emergency je buat ni) siap dalam tempoh 3 jam.

Penting semasa membuat alat ni adalah ketebalan bahan yang diguna, saiz dan jarak lubang, serta jaring halus dibahagian bawah senang nak sift pasir.

antara pinpointer dan sandscoop ni semasa dipantai saya akan pilih sandscoop ni, kerja boleh cepat badan x penat.

P/S sandscoop ni bukan untuk jualan ye, boleh buat sendiri ini pun masih ada ruang untuk penambah baikkan..

Sunday, 9 November 2014

Sepetang di linggi ; 2 ANNAS INDIA silver piece


  Fuhhh... Hari2 hujan, langsung x bleh plan nak gi MD. harini ahad kebetulan balik melaka plak,
tengok cuaca gelap macam nak ujan tapi gi je la, hujan kang balik.. harini tambah sorang lagi pelakon ekstra dalam misi kali ni, brader FIZI KECIK bergabung tenaga bersama Iwan Kuala Linggi.
    Tapi kali ni memang hampeh la adeee je yang tinggal ubat nyamuk tinggal la skop pun tinggal, skrudriver je bawak, aiiii.. hangiinnnnn...

Hasil pertama, alat cabut gigi zaman jepun (Mane aku tau daa..hentam  je)

Lokasi pertama dipercayai telah kehausan sumber dah habis korek rasanya x ada koin yang dijumpai, so plan B berpindah ke lokasi lain yang dah di mark sebelum ni..
Bersama brader shah, pencari gold nugget yang berpengalaman.

sampai lokasi kedua bro rilek dulu, mengah plak bagi 2 orang hero ni jalan dulu, dok lepak2 tu datang plak brader shah ni.. bersembang punyela lame nak MD pun x jadi, dari berdiri sembang sampai bleh duduklah mendengar pengalaman brader ni mencari nugget.

Lokasi kedua ni mula menampakkan hasil, mula dengan kecik bawa naik victoria 10 cent silver 1901 dan 1 cent petak, semangat yang tadi dah start depleting naik balik.

cwa dapat coin spill bro, berlapis 5 keping syok plak, dah gali 2 keping nak blah terscan ade bunyi lagi, ehh... time ni mula laa kawan2 yang scan  kat kepan tu tibe2 je dah sampai sebelah aku scan. keheheeeee.. lawak la diorang ni.. 


dan hasilnya sepetang di kuala linggi...

Kecik : best find 10 cent victoria silver, 20 cent british north borneo dan beberapa unknown coin.

Iwan linggi ; coin petak dan unknown coin


haa ni bro punye, (ingatkan kecundang hero gak harini) hehe..

best find Edward VII yang botak tengah .





Silver piece TWO ANNAS INDIA 1906

Wednesday, 29 October 2014

KETON di kota tinggi by tuan Roslan Othman


Penemuan Keton iaitu matawang lama kerajaan johor menggunakan VLF MD di kota tinggi,
tengok gambar2 diorang main lumpur ni memang terasa ngeram gak, teringin sangat nak gi tapi belum ada kelapangan, suatu masa nanti ada rezeki umor panjang insyaAllah sampai  jua ke sana..
    Tapi baru ni dengar plak kawasan tu dah x boleh md lagi??? addoiiiii....

Ring count 42&43


Kesempatan ketemu 2 orang warga MMDH yaitu saudara kushah dan YM king secara x sengaja,
Ingatkan lone ranger je malam nie, ade geng penye..
saya sampai PD dalam kol 11.30, pkl 1.15 dah stop. sok keje bro, tunggu sorang lagi Ong sul yang tidak kunjung tiba..
  2 orang otai ni guna mesin xcalibur dan AT Gold, Tahniah buat saudara YM king kerna berjaya menaikkan rantai emas awal2 lagi..
 saya dapatlah juga menaikkan cincin 2 bentuk walaupun bukan emas cukup untuk memuaskan hati..

Wednesday, 22 October 2014

Ring count # 40 & 41


Ekspedisi depavali kita redah jeram lagi, kali ni ke jeram tengkek batu kikir, skoop yang baru siap bekerja dengan cemerlang, amat tahan lasak lebih tahan kalau nak banding dengan yang sebelum ni.


Kopak
Baru bikin

Gold ring ring count #39


Bestnya kali ni, sebutir gold ring dan pendant silver sebagai gaji untuk aktiviti kali ini, Lokasi kali ni 
di jeram serting ulu, Nak main di jeram satu alat yang sangat penting adalah sand scoop, kalau xde memang hangin satu badan nak naikkan target.


Awal permainan x banyak yang menarik coin sikit dan sampahlah, sampailah dapat bawa naik pendant silver ni,



yang ni dapat pun beberapa minit sebelum balik sebab hujan pun dah mula turun.

Thursday, 16 October 2014

Ring #38






saje saje pergi test control box yang baru disiapkan tadi, ambil masa lunch x sangka plak bleh terjumpa cincin yang ke 38 tahun ni.

Wednesday, 15 October 2014

Last hunt sebelum aidiladha VOC, netherland indie dan 1/2 cent victoria

 
VOC coin 1753
Raya ni saya kena balik rumah mentua di masjid tanah, sehari sebelum raya wife masih kerja, so saya x bunag masa dah plan nak ke sri menanti, kembali ke tempat dimana saya jumpa eic coin tahun 1754 dulu,
Nampak gaya penjajah belanda merata ceruk depa dah masuk satu masa dulu, sampai sri menanti pun dia sampai, x silap sri menanti dibuka sekitar tahun 1700, coin yang dijumpai disini pula tahun 1974, so raja seri menanti kemungkinan dapat memerintah dengan aman dalam masa yang singkat sahaja agaknya. Apapun di sri menanti  dapat juga sekeping VOC tahun 1753 berdekatan dengan jumpaan sebelum ni.

1/2 cent 1889( Very fine condition) and 1/2 cent netherlan indie ( bad condition)

Esoknya balik masjid tanah x lepaskan peluang ke linggi, mencari coin coin yang lain dari biasa,
bestnya kali ni dapat juga 1/2 sen tahun 1889 dalam keadaan yang sangat cantik dan setengah sen belanda tapi kondisinya kurang memuaskan, mungkin sebab terlalu hampir dengan laut.