Monday, 1 September 2014

Metal detecting PD (#36&37)


Petang isnin ajak sahabat pegi MD di tanjung bidara, asalnya nak pegi linggi MD kat sana tapi srg lagi x dapat ikut. so pergi je lah tanjung bidara, Pantai disini telah ditambak dari pengkalan balak sampai ke tanjung bidara, sebab dah lama x datang sini kita boleh nampak perbezaannya, dahulunya pasirnya tidaklah kemerahan seperti sekarang ni. Target x banyak kat sini, dapat 2,3 keping duit syiling tapi first target dapat cincin batu ni.. cantik.. tapi nun di atas tempat orang duduk2.
sampai ke petang cuma dapat 2,3 keping tu je coins. Member lagi sorang pun same gak.

Balik singgah PD  layan situ plak, siini memang banyak target, sampah pun banyak, dapat lagi satu cincin dan coins dalam RM7 camtu..

Thursday, 28 August 2014

The sight of ancient gold!!!

Wauuuuuuu..... puas ku cari cari orang lain plak yang jumpa dulu.. temuan seorang pelanggan di selatan  tanah air dalam kawasan tanah bapak die..   Dengar je berita ni bergegas gi sane on the spot jugak ambik emergency leave hihi... dalam perjalanan tu mmg x sabar2 nak tgk original ke tak menda ni.. tangan dah x sabar nak hayun plak kat sane mane tau ade lagi yang tertinggal..

Baru tengok di internet name coin ni Queen Victoria 1/2 sovereign gold. sayang tahun dah x nampak.
Sampai je citer2 ckit terus gi scan lubang yang kawan ni jumpa gold coin tadi, die tanye pasal ape scan lagi? biasenye orang kalau dah dapat satu die terus tinggal lobang tu dan ade can ade yang tertinggal, last last jumpa gak dua keping dekat sebelah je lubang die gali tu.. hihi... experience bro.. tapi bukanlah gold coin pn.. duit petak dan seposen je  kat situ..



Antara lain2 barang jumpaan haritu, selain coin moden, paku paku lama(tembaga), casing peluru semacam dogtag tembaga ada marking 1929 M dan lain2. tapi tempat ni betul semak daa... orang kampung bagitau tempat ni memang perkampungan zaman dulu kala.. nyamuk gile banyak.. tak tahan woo.. lain kali ade rezki datang lagi kena bawak cream anti mosquito..

Sunday, 24 August 2014

PD pantai saujana



Hasil di port dickson, main main di dry sand, target memang banyak, ade satu lorong air tu ingat xde ape rupenye kat ctu je berkumpul syiling, 1st round jumpa coins dan 1 stone pendant, second round coins, earring dan silver dragon pendant.

SS1 east india company 1845

Jumpaan oleh brader khai, umang-umang chalet. ynag paling cun 1/4 cent tu (1845) mengikut rekod dari guide saran singh.


East India Company
SS1
1/4 cent 1826-1858
VF-EF RM40-RM350.




Thursday, 31 July 2014

Gold and silver di aidilfitri (#40)


Selamat hari raya aidilfitri. Balik dari kampung semalam x sempat sampai rumah terus g pantai, rasa bulan puase yang lepas belum ade lagi md di pantai so harini cuba nasib, x banyak findings tapi manage jugak naikkan sebentuk gold ring dan rantai silver yang sudah putus link dia.
Cantik cincin ni, siap batu lagi.

4 rings at local park (#36,37,38,39)

Bulan pose ni nak gi hunting siang2 x tahan, layan je la kat padang awam, habis sahur terus gerak kat padang awam area nilai ni, tau dah mesti coin banyak sini, tapi x sangka plak, kat padang awam pun leh gak jumpa cincin, sampai 3 lak tu.
Sesi kedua keesokannya, ade lagi satu cincin, duit memang confirm bersepah lah, oleh sebab malas nak korek dalam dalam, saya gali target yang shallow sahaja, hunting di kawasan awam macam ni kena beringat sikit, kenalah guna cara, alatan dan teknik yang sesuai supaya padang x rosak dan tidak mengganggu orang lain. Bagi saya cukup dengan menggunakan skrew driver flat sahaja, satu lagi alat yang amat penting adalah pinpointer. wajib kena ada alat ni kalau nak gin tempat awam, kerosakan dapat dikurangkan dan mempercepatkan kerja.

Siri kedua mengesan duit lama, sri menanti



Siri kedua di seri menanti, banyak lagi yang boleh explore disini, mencari khazanah silam memang menyeronokkan. Tapi kondisi coin disini agak x berapa baik kerana keadaan soil yang kering tidak menjamin mutu jumpaan yang cantik. tapi kalau jumpaan kawasan tanah sawah memang cantik, misi mencari duit silver dan emas masih berterusan, selagi x dapat jumpa sekeping selagi tu la x puas hati.

Sri menanti, mengesan duit lama, england coin 1754


Duit apakah ini? front view lambang kerajaan england kan? saya pernah melihat duit VOC seperti ini di internet tapi reversenya ada lambang VOC tapi yang ini ada tulisan WEST SJS.
tak berapa clear belakang WEST SJS 1754, setakat ini selain duit portugis inilah coin paling lama jumpaan saya.