Tuesday, 13 August 2013

925 silver with shiny cz stone

One day i went for iftar near pantai so x lepaskan peluang detect. rezeki ramadan dapat gak cincin 925 silver dengan permata besau berkilat.. boleh lah wat tambah koleksi cincin yang ada... ade bonus lagi tu, ade sekeping pendant ke coin x tau la.. tapi ade gambar macam dalam cite antu cine kan biase ade gambar yang cam simbol ape tah,, lu tengok la sendiri bro. Nak cakap susah.

Selain dari 2 keping ni ade lagi tapi tunjuk yang ni je lah.. yang lain biasela syiling batu ladung sampah.. macam2 ada da....

Latest findings..

Dah lame x update blog. Sibuk ngn keje lah ape lah.. lagipun skrg ni bulan puase aktiviti detecting kenalah sekat ckt..  tapi sebekum start puase hari2 ade gak g pantai. Habiskan 2 jam kat situ nilahantara hasil yang menarik gelang kaki 18 k.

Boleh tahan la hasil harini. tpi xde cincin lak.. nak penuhkan  koleksi yang ade tu. Gelang kaki yang pertama sejak berkecimpung dalam bidang detecting ni

Saturday, 3 August 2013

Cincin Kurun ke berapakah ini???

Harini me and my buddy bro Puteh gi kat our new location.. Walaupun baru tapi potensi tempat ni kite tak tau lagi.. sebab kawasan ni air x surut cam tempat lain sikit je.. tu yang susah ckit nak wat keje.. tapi dapat gak la beberapa barang yang menarik. satu cincin tembaga yang dah nak hancur dah.. dah genting sebab arus ombak kat cni kuat agaknya..
syiling yang kami dapat pun kebanyakan nya nipis nipis belaka. ade yang dah tak nampak ape pun.

Thursday, 1 August 2013

Dutch East India Company landed in my detecting spot!!!

Baru2 ni mase g detecting kat port rahsia, ade terjumpe 4 ketul metal x tau ape material. warna keemasan mungkin brass mungkin gold.. tapi x confidenlh gold.. tapi bukan itu ceritanya.. semua empat keping 2 ditanda dengan huruf VOC. kawan dh google n cari ape benda voc 2... last2 jumpe voc satu mase dulu dikenali sebagai dutch east india company..sape2 yang tak tau natang ape 2.. gilah google sendiri.. this is a  breakthrough kalau betul la ape yang aku jumpe 2.. this means somethin else so long ago could still be buried on that site somewhere.. and i will find it.. who knows?? good relic does have value right..


Kalau ade sape2 viewer yang tau ape menatang ni pls la info kat cnie.. nak tau gak ni..

Saturday, 20 July 2013

Nice finds on the beach

Nothing special today.. but did found 2 rings, not precious though, just 2 pcs of stainless steel rings,
few coins and some sinker.. simpan gak batu ladung ni.. nanti boleh guna untuk future project.

Friday, 5 July 2013

Keris metal detecting

harini bro nak post gambar keris yang bro puteh jumpa di pantai port dickson tempoh hari..
keris tu bro!!! aku kalau bende2 mcm ni mmg takdela nk bawak balik ke.. lagila nk buat koleksi... campak je la balik dalam laut tu... tapi macam mane pn mesti terlintas gak kat fikiran kan.., pendekar mane la yang bw keris gi mandi laut tah..

Monday, 1 July 2013

Detecting finds Gold 27.6.2013

First time detecting selepas beberapa minggu sibuk dengan kerja lain. Sehari sebelum tu baru beli scoop stainless steel untuk gantikan skop besi yang mudah karat sebelum ni.. saya beli di melaka dengan harga RM36.80. Sangat cantik dan mudah untuk dibersihkan.
Ingat harini nak pegi test scoop di pantai dan MD dengan rupa terbaru.

Hasil hari tersebut sangat memuaskan hati. terbukti scoop tu memang sesuai guna kat pantai, senang je jolok dalam pasir. Permulaan aktiviti memang tak banyak yang dapat, cuma beberapa keping syiling dan paku.

Pindah plak kat tempat lain. mase ni memang air tengah surut habis so saya memang banyak mase nak ayun MD ni.. Target port pertama memang menghasilkan penemuan yang menarik. bermula dengan syiling yang tak putus putus sampailah saya dapat bunyi yang sangat tajam dari MD saya.
 uh..uhuh..uhuh... hahahaha... tu je yang keluar dari mulut bile jumpa cincin emas seberat 15 gram ( timbang kat kedai runcit tadi). hihihihihihih.. senyum meleret x habis sampai harini.. sepanjang aktiviti hari tersebut penemuan menarik adalah 1 cincin emas, 1 perak, bangle stainless steel dan 1 cincin tembaga.. lain tu syiling ngan batu ladung la.. so pendek kate scoop tu memang cantik.. MD pun working terbaik.. best day ever detecting.. gambar bawah selepas di bersihkan. sok nak gi tanye pajak gadai berape leh dapat. tapi mungkin x jual kot sebab emas tengah turunb harga sekarang ni.. simpanan untuk hari tua lah gayenye..





Sunday, 30 June 2013

Bro's PI new look

Macamnilah rupa baru metal detector yang saya hasilkan.. Dengan rod aluminium berwarna emas teleskopik untuk kemudahan bagi pelarasan panjang detector. Warna emas yang menarik dan casing control box untuk genggaman yang lebih erat. Coil cover yang telah di epoxy supaya lebih tahan lasak untuk kegunaan dalam air dan x cair kalau nak simpan MD dalam kereta. Headphone yang telah diubahsuai untuk disesuaikan dengan MD ini juga kelihatan sangat menarik sesuai dengan alat ini