Kali ini saya berpeluang untuk memasuki perkarangan kediaman yang dipertuan agung Malaysia yang pertama Malaysia iaitu DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad di Seri Menanti. Ini semua dengan pertolongan abang Jaih yang banyak membantu dengan sukarela membawa kami ke lokasi2 MD terbaik sekitar kawasan ini, rupanya abang ni ada hubungan yang amat baik dengan waris kediaman ini jadi dipelawa kami masuk untuk melihat2 kawasan sekitar. Menurut abang Jaih ni, rumah di dulu pernah didiami oleh yang dipertuan agung pertama seperti didalam gambar ringgit yang kita ada sekarang dan dianggap sebagai salah sebuah istana di daerah ini.
binaan asli senibina minangkabau.
rumah ni besar gile, dari depan sampai belakang.
laman depan ade tiang bendera.
Kalau ikutkan hati nak je MD kat sini, tapi dek kerana kawasan ini masih dipelihara dan berpenghuni saya tinggalkan dululah, kami minta jasa abang Jaih ni untuk minta Izin dari waris, dapat green light jeeeeee...... serobuuuuu laaaa...
hasil Mata detecting, 2 keping singgit surface found.
Abang jaih ni memang best, merate tempat dia bawa kami, semuanya ada potensi baik, cuma sekarang tengah musim panas, tanah disini jadi keras macam batu..... pelan2 jelah boleh korek.
Ini sahaja dapat dinaikkan kali ini, 2 nkeping 1 sen hongkong 1904 dan 1 sen petak, next time masih lagi di kawasan ini, melawat tapak rumah tok dagang plak.