Thursday, 25 December 2014

Ayam token, Silver stuivers, VOC, subang emas dan macam2 lagi!!!!!

hasil 4 orang di kolo pilah


Semalam bertemankan 3 orang lagi pelakon ekstra dalam misi pencarian disekitar kolo pilah, 1st sekali sampai sayelaa... pukul 12 dah sampai, semangat nak md membuak2.. tunggu 3 orang pelakon tambahan yang x sampai2.. nasib baik janji kol 2. pertama sekali sampai brader Daeng MJ dari Cheras on time. diikuti brader kecik dari langat (Jauh2 diorang ni datang punyela semangat). dan last sekali brader Iwan umang2 dari melaka, mamat sorang ni je on the way tapi 2 jam pun x sampai2..
   sebabkan x mau membazir mase kawan2 yang datang dari jauh saya contact brader razak pilah dulu, rancangan nya nak training brader Daeng MD dahulu, brader ni masih baru menggunakan MD. rumah abang razak ni kali kedua kami sampai.


Brader daeng sedang "menyeken" berpoluh2 tangan eh.. tapi skop terlalu besar kurang sesuai dikawan tanah.

Generasi baru diggers, pikap anak2 abng razak ni, kejap je ajar dah pandai
kecik tangan menggigil nak md dah x bleh tahan, ni salah sorang MD tegar hujan panas pun jadi
lepas 2 jam on the way baru sampai, Cettt... kecik and brader daeng sedang meneliti hasil mereka.

jam dah pukul 4 kami beredar cari SORU kendian baru pegi port tepi sungai, salah satu lokasi penting dalam misi kali ini.
bro punya hasil, ada beberapa coin yang x dapat dikenalpasti balik kena cuci dulu tapi ada Quarter cent, 1 cent dan duit cina
brader daeng beginners luck naikkan subang emas dan logo tentera persekutuan tempatan

Kecik, VOC dan 10 cent straight settlements.



Toke umang2 champion walaupun 2 jam ketinggalan 2 silver stuivers, token ayam dan macam2 lagi..

walaupun terlewat 2 jam iwan berjaya kejar kami dan mendapat hasil terbaik kali ini, BageeROOOOOO.. hihihihi.. nanti kau..

Monday, 22 December 2014

seperatus rupiah


Coin ini adalah semasa pendudukan belanda di indonesia suatu ketika dulu, tetapi juga boleh diguna di tanah melayu berikutan penemuan banyak coin jenis ini di tanah melayu baru2 ini.
 Total findings hafizi  dan bro.
Ni haafizi punye findings, note ring tu temuan hari sebelumnya di pd.

Saturday, 6 December 2014

VOC, Victoria dan John F kennedy Medallion


Kuala Pilah 6.12.2014 -
   Kembali ke sungai dimana saya pernah menaikkan 2 keping VOC satu  masa dulu, Ingatkan dah habis dah.. ade lagi..
 Victoria East India Co 1/2 cent

 Duit belanda condition teruk

coin yang tinggal sebelah, sebelah lagi gagal ditemui

Cucuk sanggul ini hasil yang pertama sekali dalam trip kali ni

 JFK medal agaknya..

Menurut cerita orang kampung, sungai ini 4 tahun dahulu tebingnya runtuh ketika hujan lebat. ekscavator dipanggil untuk mengorek tanah diseberang sungai dan ditambak di tepi sungai yang runtuh untuk menampung air sungai tersebut. seberang yang satu lagi pula pasir dari dalam sungai dikorek dan di tambak dengan isi sungai tersebut di seberang satu lagi.. patutlah banyak dapat kat seberang cinie je... lain kali saya dan kawan2 akan melusuri tebing sungai dan scan tebing sungai bahagian bawah.. 
 2 coin VOC tahun yang sama tapi logo berlainan, sekor singa dalam kotak satu lagi 2 ekor singa dok luar kotak
Half Cent East India Company 1845 setelah dicuci dengan teknik electrolisis

Tuesday, 2 December 2014

ring count#49 Dan gelang kaki aishwarya raei

total find of yesterday

bersendiri lagi semalam menggali dan mengorek pasir di pantai port dickson, kali ni x larat nak gali peluru so select target yang  selain dari tu... kena pandai baca ID lah,,, coins memang biase banyak dapat, selain tu pulltab dan broken zipper.

antara findings yang menarik seperti gambar berikut
Cincin permata delima berbaju tembaga

Gelang kaki perempuan yang dipakai pleh kaun india.

ring#46,47,48, smallest gold ring and biggest ss necklace found

Smallest gold ring began lalang

Rezeki lepas jumaat, banyak coins, sampah on byk.. Awal2 scan byk jumps coins shj, lepas sejam Br naik stainless steel ring utk up semangat.

 Coin spill, 8 keping DLM 1 lubang

916 gold kids gold ring

Gold ring!! Last sekali nak blk Baru die mau naik.. X kisahlh janji naik.. Time nilh sronok dpt kuning, smp sandscoop pn cicir..
Terpakselh buat lain plk..
Gambar di Pd sebelumnya.. Ss necklace besar Dan rainbow ring