Sunday, 16 November 2014

LINGGI lagi


Lokasi Linggi, mencuba tapak baru, tempat lama telah kekurangan hasil, sini pun blh tahan gak cuma kawasan MD agak terhad. kebanyakan copper coin condition yang agak teruk tapi berjaya juga menaikkan yang cantik.
kiri sekali half cent india straight1862, William 1 cent copper 1877 dan half cent east india company

50 sen fake, patutlah vdi no lain macam.

Wednesday, 12 November 2014

MD & 'MD' bersama Limau Camfrog dan Khairil izwan


Berpeluang MD bersama ahli numis tuan Limau Camfrog di alor gajah, siap ambik cuti 1 hari semangat punya pasal. Ini salah satu sebab kenapa saya suka MD, peluang berkenalan dengan orang lain dari bidang lain yang mempunyai sangkut paut dengan MD.
     Brader limau ni collector & seller coins, collection dia memang impressive gile, lupa plaqk nak snap gambau aiii... plan pertama scouting lokasi2 strategik, lokasi keton telah dikenalpasti, cuma x dapat masuk buat masa ni, next time mungkin, aturcara majlis seterusnya pegi lokasi penemuan coins VOC dan AYAM tapi agak sukar nak MD kat sini disebabkan tapak asal penemuan telah diturap tar, next time kami akan investigate kawasan sekitar untuk melihat lokasi sesuai untuk MD. menurut maklumat dikawasan ini telah ditemui coin2 lama VOC secara berkelompok, so 100% sure duit 2 ini telah ditanam satu ketika dulu.

Cenderamata dari tuan Limau Camfrog pitis palembang dan token ayam satu keping




victoria 1 cent dan half cent sarawak

Beralih kelokasi ketiga, aktiviti MD dimulakan, disebabkan masa yang suntuk saya cuma dapat spent 1 jam dikawasan ini, cuba mencari coins lama dengan rupa bentuk yang baik, tapi x la senang sangat, jika dikawasan berpasir kondisi duit2 ini pasti cantik tapi dalam soil seperti disini hancuss.. sebelum ini pernah dapat half cent sarawak 5 keping dikawasan ini tapi rosak teruk.


nampak x? masih terselit celah tanah tu...

Last sekali on the way balik rumah singgah jap di PD, nothing special, cuma beberapa coin moden sahaja.

Monday, 10 November 2014

ring count #44 & 45



Silver ring  and junk ring

kali ni hasil lebih banyak dari sebelumnya, sampai lokasi pukol 10 balik pukul 2.


Kadang2 ada juga yang tertanya2 kenapa saya boleh dapat lebih banyak dari orang lain sedangkan mesin yang diguna same je??

Rahsianya adalah,.... select spot yang tertentu sahaja dimana orang selalu melepak dan baring2,

kedua yang penting adalah penggunaan aksesori yang sesuai, paling penting pada saya adalah menatang ni,
Sandscoop  DIY ( emergency je buat ni) siap dalam tempoh 3 jam.

Penting semasa membuat alat ni adalah ketebalan bahan yang diguna, saiz dan jarak lubang, serta jaring halus dibahagian bawah senang nak sift pasir.

antara pinpointer dan sandscoop ni semasa dipantai saya akan pilih sandscoop ni, kerja boleh cepat badan x penat.

P/S sandscoop ni bukan untuk jualan ye, boleh buat sendiri ini pun masih ada ruang untuk penambah baikkan..

Sunday, 9 November 2014

Sepetang di linggi ; 2 ANNAS INDIA silver piece


  Fuhhh... Hari2 hujan, langsung x bleh plan nak gi MD. harini ahad kebetulan balik melaka plak,
tengok cuaca gelap macam nak ujan tapi gi je la, hujan kang balik.. harini tambah sorang lagi pelakon ekstra dalam misi kali ni, brader FIZI KECIK bergabung tenaga bersama Iwan Kuala Linggi.
    Tapi kali ni memang hampeh la adeee je yang tinggal ubat nyamuk tinggal la skop pun tinggal, skrudriver je bawak, aiiii.. hangiinnnnn...

Hasil pertama, alat cabut gigi zaman jepun (Mane aku tau daa..hentam  je)

Lokasi pertama dipercayai telah kehausan sumber dah habis korek rasanya x ada koin yang dijumpai, so plan B berpindah ke lokasi lain yang dah di mark sebelum ni..
Bersama brader shah, pencari gold nugget yang berpengalaman.

sampai lokasi kedua bro rilek dulu, mengah plak bagi 2 orang hero ni jalan dulu, dok lepak2 tu datang plak brader shah ni.. bersembang punyela lame nak MD pun x jadi, dari berdiri sembang sampai bleh duduklah mendengar pengalaman brader ni mencari nugget.

Lokasi kedua ni mula menampakkan hasil, mula dengan kecik bawa naik victoria 10 cent silver 1901 dan 1 cent petak, semangat yang tadi dah start depleting naik balik.

cwa dapat coin spill bro, berlapis 5 keping syok plak, dah gali 2 keping nak blah terscan ade bunyi lagi, ehh... time ni mula laa kawan2 yang scan  kat kepan tu tibe2 je dah sampai sebelah aku scan. keheheeeee.. lawak la diorang ni.. 


dan hasilnya sepetang di kuala linggi...

Kecik : best find 10 cent victoria silver, 20 cent british north borneo dan beberapa unknown coin.

Iwan linggi ; coin petak dan unknown coin


haa ni bro punye, (ingatkan kecundang hero gak harini) hehe..

best find Edward VII yang botak tengah .





Silver piece TWO ANNAS INDIA 1906