Saturday, 29 March 2014

tongah hari tongah paneh..

"poie pokan naik basikal, tongah hari tongah panehhhh....". time2 macam ni teringtla lagu tu... balik kpg arwah uwan kek beranang, tgk2 kpg, elok plak mak daro pn balik.. jadik  nak ambik gambar ckt, buat video ckt2.. mmg sudah diduga rumah ni mmg sampah bertaburan, kena la adjust machine  discriminate sebanyak yang bole... tapi walaupn dah buang foil, lain2 sampah pn byk gak, terpaksa la pandai pandai tgk  vdi tu.,, 


 
salah satu coin yang suka mnyorok



 
sekeping ni je duit petak yang dinaikkan di celah celah serpihan atap dan aluminium..

 
 kunci banyak da,,,, apo la byak sgt kunci ni, besau ade kecik ade..

Tuesday, 25 March 2014

HARTA KARUN hasil MD ( mata detector again )


Nampaknya teknik mata detector omak den dah terlepas ke tangan akak den plak. tengoklah sekotak duit-duit lama berjaya diselamatkan, kotak asal dah buang sebab kondisi dah tak elok,

lokasi ditemui di lubok cina, kedai apek yang sudah pass away. Akak den menjumpai barangan ini semasa mengemas kedai tersebut.
kondisi semua coin adalah sangat baik, kecuali beberapa keping yang agak uzur.
Semua coin diserah pada saya untuk tujuan jualan.

jom tengok.
RM1 tahun 1971 ada lapan keping semua blingbling lagi, saya x tahu mintage untuk coin ni berapa tapi rasanya agak banyak untuk 1971, saya pun ada simpan dua keping selain coin rm5 yang besar bapak punya.

Straits Settlements half dollar 1 pc 1907, 2pcs 1920, dan 3 pcs 1921 all in extremely good condition.
Yang 1907 tu confirm silver coin, lebih tebal dan berat dari yang lain lain, yang lain2 tu x tau ape material, x nampak macam silver tapi kondisi semua cun cun.


3 pcs 20 cents 1961 malaya and british borneo condition so-so. 2 pcs 1950 commisioner of currency malaya satu tu macam baru keluar kilang. dan 5 pcs 1948 commissioner of currency malaya.

1 pc 10 cents Malaya and british borneo, 2 pcs 1948 commissioner of currency malaya 2 pcs ni memang cun, 2 pcs 1927 straights settlements, 1 pc 1926 straight settlements dan 1 pc 1918 straight settlements.
saiz berbeza beza ek duit duit ni.

I know some of these british coins are made of silver but hard to tell sebab xde rujukan pakar.

last sekali

Last sekali 50 sen 1967 (7 pcs) dan 1968 (5 pcs) sisi terbelah. Saya tahu yang dicari2 adalah yang jenis milled edge. tapi ini pun rasanya ada penggemar juga.  ada lagi yang dalam kotak tu tapi saya bagi balik pada tuan dia ada duit petak 1 cent, singapore 50sen 1975 kalau x silap, 1 cent 196something, duit hoong kong macam2 lagilah.. tapi saya ambil yang ni je.. 

Thursday, 20 March 2014

Tutorial : Easy to make electrolysis


Hah!!
senang je nak buat..

barang yang diperlukan:

Used Charger HandPhone
Crocodile Clip
Mangkuk
Garam
Washer(@sebarang iron)
air

cara-cara

potong wayar charger tu separuh dan belah dua wayar yang tinggal tu
sambungkan crocodile clip pada kedua dua wayar tersebut

 next step kenal pasti mane satu wayar yang negatif dan positf, kalau xde multimeter pun xpe.
+ve wire kena sambung pada washer tadi dan -ve wire  pada item yang kita nak cuci, camne nak tau wire positif dan -ve??

* bila kita switch on nanti, bahagian yang mengeluarkan buih tu -ve lah..

ok, langkah selanjutnya


masukkan air
masukkan garam secukup rasa dalam mangkuk dan kacau
*Note Garam berfungsi untuk menambahkan conductivity air

masukkan kedua2 wayar dalam air dan jangan biar bersentuhan


ok settle dah boleh on dah.




dalam beberapa saat coin yang hitam legam tadi akan start mengeluarkan buih.
** electrolysis menghasilkan gas hydrogen, sila buat di kawasan terbuka dan jauhi dari kanak2.
seminit kemudian warna air berubah
selepas 5 minit switch off dan keluarkan coin tadi dan cucilah dengan kain yang lembut.


Tuesday, 18 March 2014

PRODUK TERBARU

Produk terbaru dari Bro's Metal Detector. sejenis VLF


Spec
Operating frequency = 14Khz,
Coil size                   =25cm
Colour                     =YELLOW)
Detachable               = Yes
Battery                     = 8 pcs AA @ 3 pcs li-ion battery
Discrimination           =  Yes
Detection type           = Internal built in speaker, audio jack for headphone, VDI calculator display
Detector stem            = Light aluminium shaft, S shape, telescopic.
Weight                       = (belum timbang sori)
Settings                      = Sensitivity, Ground balance , Discrimination
Mode                         = All metal and Discrimination



Very nice overall new design, finally setelah hampir dua tahun, baru berjaya mereka litar yang cukup kecil untuk dibuat front mount, warna kuning coil juga sangat menarik, penggunaan casting material telah dikurangkan bagi mengurangkan  beban pada coil.. dengan front mount camni barulah boleh disesuaikan dengan S stem, beri lebih profesional look. bateri diletak berasingan dengan kotak kawalan untuk memudahkan kerja menukar bateri tanpa perlu membuka control box.



VDI calculator dengan backlight switch untuk fungsi malam memudahkan pencarian dan mengenalpasti target id pada waktu malam. Soft rubber handle yang lembut memberi keselesaan untuk operator.
Rod atau Stem ini dibuat dari jenis aluminium yang ringan tetapi amat tahan lasak, Ia juga dipasang dengan twist lock mechanism dimana panjang rod@ stem boleh dilaras mengikut ketinggian dan keselesaan pengguna.




Keseluruhan alat ini boleh ditanggal dengan mudah, sekiranya anda mengembara dengan motor sekalipun, anda masih boleh membawa alat ini bersama anda didalam beg sandang anda.


bateri habis lak

baru jalan 20 min , bateri kiok plak.. membazir je pegi hrni...
jadilah tu...

Monday, 17 March 2014

gold ring, ring count 21,22,23,24

ring count no 21,22, 23,24.
lame x dapat turun md kebelakangan ni. disebabkan keadaan kesihatan ayahanda tercinta yg kurang chat.. hrni lpas balik kampung dpt jgk singgah sekejap melayan hobi favourite ni.. hasil harini sebentuk cincin emas, cincin suasa batu delima, 2 lagi cincin junk sahaja.. oklh rezeki.. lain2 syiling singgit dan lain2 coin..

Wednesday, 12 March 2014

what equipment i used to make a metal detector

ade yang cakap senang nak buat md ni., tapi sy cakap susah senang bergantug pada orang yang buat, pengtahuan yang ada, alatan yang digunakan, dan kreativiti serta semangat tak mudah berputus asa.. saya gunakan bermacam2 alat untuk buat md ni, ada yang beoi ada yang customised sendiri. jom tengok.,



 
wajib ada, Dc power supply, xde benda ni jerih nak beli bateri untuk testing.



 
uv pcb developer, guna untuk print circuit pada pcb
 
 
developer dan etching tank, untuk etch pcb


 
pcb prototyping machine, kalau malas nak kotor tangan pakai ni plak untuk buat pcb, half automatic.


 
bench drill, power drill,

 
mig welding machine


digital multimeter dan lcr meter, (tah mane letak x jumpe
)


 
soldering guns


 
personal computer, saya guna untuk design circuit dan front panel


 
analogue osciloscoppe


 
hot glue gun, grinder

 
coil winding jig, bender


dan natang ni.. (x berguna pn tapi kalau xde x bleh wat kj plak
)

sebenarnya banyak lagi alat yang saya guna untuk hasilkan sebuah M
D, tapi cukup takat ni dululah saya show, kerjanya memerlukan banyak masa, dan kesabaran, belum kira investment yang perlu untuk menghasilkan sesuatu yang baik. setengah orang sangka nak buat md ni senang je,, tapi sebenarnya tidaklah begitu mudah dan taklah selalu indah.  kesabaran dan daya kreativiti, keyakinan yang x putus putus, pasti akan dapat menghasilkan sesuatu produk yang baik dan menarik. bagi mereka yang punya pengetahuan elektronik, kemungkinan mengambil masa sekitar seminggu ke sebulan untuk menyiapkan
sebuah md yang workable. bagi yang sudah biasa dengan projek2, mempunyai alatan yang sesuai  kemungkinan boleh menyiapkan sebuah dalam masa yang lebih singkat. tapi untuk menyudahkan sebuah md yang workable, presentable, user friendly bukanlah suatu kerja yang sangat mudah. inilah sesuatu yang telah saya usahakan setelah sekian lama.. better than ever.