Saturday, 20 July 2013

Nice finds on the beach

Nothing special today.. but did found 2 rings, not precious though, just 2 pcs of stainless steel rings,
few coins and some sinker.. simpan gak batu ladung ni.. nanti boleh guna untuk future project.

Friday, 5 July 2013

Keris metal detecting

harini bro nak post gambar keris yang bro puteh jumpa di pantai port dickson tempoh hari..
keris tu bro!!! aku kalau bende2 mcm ni mmg takdela nk bawak balik ke.. lagila nk buat koleksi... campak je la balik dalam laut tu... tapi macam mane pn mesti terlintas gak kat fikiran kan.., pendekar mane la yang bw keris gi mandi laut tah..

Monday, 1 July 2013

Detecting finds Gold 27.6.2013

First time detecting selepas beberapa minggu sibuk dengan kerja lain. Sehari sebelum tu baru beli scoop stainless steel untuk gantikan skop besi yang mudah karat sebelum ni.. saya beli di melaka dengan harga RM36.80. Sangat cantik dan mudah untuk dibersihkan.
Ingat harini nak pegi test scoop di pantai dan MD dengan rupa terbaru.

Hasil hari tersebut sangat memuaskan hati. terbukti scoop tu memang sesuai guna kat pantai, senang je jolok dalam pasir. Permulaan aktiviti memang tak banyak yang dapat, cuma beberapa keping syiling dan paku.

Pindah plak kat tempat lain. mase ni memang air tengah surut habis so saya memang banyak mase nak ayun MD ni.. Target port pertama memang menghasilkan penemuan yang menarik. bermula dengan syiling yang tak putus putus sampailah saya dapat bunyi yang sangat tajam dari MD saya.
 uh..uhuh..uhuh... hahahaha... tu je yang keluar dari mulut bile jumpa cincin emas seberat 15 gram ( timbang kat kedai runcit tadi). hihihihihihih.. senyum meleret x habis sampai harini.. sepanjang aktiviti hari tersebut penemuan menarik adalah 1 cincin emas, 1 perak, bangle stainless steel dan 1 cincin tembaga.. lain tu syiling ngan batu ladung la.. so pendek kate scoop tu memang cantik.. MD pun working terbaik.. best day ever detecting.. gambar bawah selepas di bersihkan. sok nak gi tanye pajak gadai berape leh dapat. tapi mungkin x jual kot sebab emas tengah turunb harga sekarang ni.. simpanan untuk hari tua lah gayenye..