Inovasi terbaru dari group Jauharieng. Pengesan logam jenis pulse induction.
Pengesan logam atau metal detector adalah suatu alat yang digunankan untuk mengesan kehadiran unsur logam. Samada logam besi timah aluminium emas, perak dan sebagainya.
buat masa ni hobi metal detecting ni is growing troughout the world sebagai aktiviti riadah dan mengisi masa lapang dan menguntungkan.
mulanya idea untuk membuat alat ini sekadar untuk suka2 bagi team kami. tapi bila dah dikaji segala aspek, kami putuskan untuk membuat alat yang berkualiti yang boleh menandingi alat pengesan dari luar negara.
Alat yang sudah siap sepenuhnya
kelebihan alat ini adalah 100% kalis air dari search head coil sampailah ke control box.
handle yang lembut dan selesa semasa field test.
holder pulak siap dipasang penahan supaya beban dari handle dapat dikurangkan.
juga dipasang pad untuk keselesaan.
batang rod yang boleh dilaras mengikut kesesuaian pengguna . saya sarankan kepada detectorist yang selalu pergi pantai tu gunalah alat ini dan chances anda menjumpai lebih bling bling lebih tinggi bila anda boleh terus mengesan di darat dan didalam air tanpa perlu risau elecronic part dimasuki air.
keseluruhan alat ini di engineered untuk kemudahan anda. segala parts boleh ditanggal dengan mudah. masuk dalam beg bawak sandang bawak naik motor pun dah boleh pegi detect dah. anda cuma ambil masa kurang dua minit untuk assemble alat ini and you can start dah. nak detect kat pasir pantai atau scuba pun dah boleh..
segala aspek pembuatan alat ini diambil kira dari segi design coil cover, stem control box dan sebagainya. Coil cover dibentuk mengikut saiz yang bersesuaian dan berat yang ideal, proses membentuk cover ini pun kena teliti supaya tidak kelihatan cincai. hasilnya sangat menarik. centre gravity keseluruhan alat ini juga diambil kira supaya pengguna tidak terlalu cepat letih semasa menggunakan alat ini. pemilihan bahan juga diambil kira supaya alat ini ringan tetapi tahan lasak.